Pendaftaran Murid Tahun 1 Secara Online Bagi Tahun 2019 / 2020

Wajib tahu untuk ibu bapa untuk pendaftaran murid Tahun 1 bagi tahun 2019 dan 2020. Jom daftar anak darjah 1.

Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2013 (berumur 6 tahun pada 2019), yang lahir pada 2014 (berumur 5 tahun pada 2019) atau yang lahir pada 1.1.2015 (berumur 4 tahun pada 1.1.2019) wajib ambil tahu!

Cara Daftar Anak Darjah 1

1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.
.
2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2019 https://public.moe.gov.my
.
3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
.
4) Dokumen yang diperlukan
– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– surat nikah / cerai (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
– semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah

5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera

Status pendaftaran dibuka semula pada 1 Mac 2019. Semoga semua anak-anak dapat belajar dengan riang dan gembira.

Bagi waris yang masih lagi belum mendaftarkan anak untuk Sesi Persekolahan 2019 bolehlah terus berurusan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berdekatan kecuali bagi Negeri Pahang, Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan serta Wilayah Persekutuan Putrajaya waris hendaklah berurusan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Manakala untuk pendaftaran Tahun 1, 2020 bolehlah mendaftar pada 1 Mac 2019.

Terima kasih.

Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal bersekolah rendah di tahun hadapan.

Sila Share
By | January 5th, 2019|Sekolah|0 Comments

Leave A Comment