Keputusan STAM 2018 – Semakan Online Dan SMS

Keputusan STAM 2018 (Sijil Tinggi Agama Malaysia) akan diumumkan pada 17 Januari ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing pada hari sama bermula pukul 10 pagi.

Semakan Online Dan SMS

“Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan STAM 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini diaktifkan bermula 10 pagi, 17 Januari dan akan tamat pada 6 petang, 23 Januari.

“Keputusan boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, sebanyak 10,078 calon telah mendaftar menduduki STAM 2018 di 257 pusat peperiksaan seluruh negara.

Sila Share
By | January 12th, 2019|Semakan|0 Comments

Leave A Comment