Tarikh Keputusan SPM 2017 Pada 15 Mac 2018

Tarikh Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 akan dikeluarkan Khamis minggu depan (15 Mac), kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kementerian itu dalam kenyataannya hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

“Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar dahulu,” kata kenyataan itu.

Bagi calon persendirian, keputusan mereka akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar peperiksaan dahulu.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2016 melalui mySMS 15888 yang perkhidmatannya akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 15 Mac dan ditamatkan pada 6 petang 21 Mac.

“Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan,” kata kementerian itu lagi.

Seramai 443,883 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2017 pada tahun lalu di 3,363 pusat peperiksaan seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 386,331 calon atau 87 peratus adalah dari calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Sila Share
By | 2018-03-07T04:29:09+00:00 March 7th, 2018|SPM|0 Comments

Leave A Comment