Semakan Keputusan Peperiksaan Terkini 2018

SAPS atau dikenali Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang turut memudahkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan terkini anak jagaan mereka.

Ibu bapa kini boleh memantau prestasi dan perkembangan anak mereka serta dapat memuat turun keputusan peperiksaan 2018 anak mereka dengan pantas dan mudah.

Senarai keputusan peperiksaan 2018 yang boleh disemak melalui sistem SAPS NKRA

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Online

Untuk membuat semakan keputusan secara online. Ibu Bapa atau penjaga boleh ikuti langkah di bawah

1. Sila ke halaman LOGIN untuk anda ke pautan menu utama sistem semakan online. Anda akan dapat melihat dua pilihan untuk ke sistem SAPS iaitu Login SAPS Ibu Bapa dan Login SAPS Guru seperti gambar di bawah..

login

Ibu bapa atau penjaga boleh buat pilihan Login SAPS Ibu Bapa dan klik ke pautan yang diberikan untuk ke Sistem SAPS NKRA ini.

Klik Sini Untuk Ke Halaman LOGIN

2. Setelah anda melayari halaman LOGIN dan klik ke pautan yang diberikan, Ibu Bapa atau penjaga murid akan di bawa ke laman web sistem semakan SAPS seperti paparan seperti di bawah

saps ibu bapa

3. Ibu bapa atau penjaga pelajar perlu memasukan beberapa butiran yang diperlukan di ruangan yang disediakan untuk semak keputusan ujian pelajar. Ruangan yang perlu diisi seperti berikut:

No Kad Pengenalan atau Sijil Lahir
Masukan no Kad Pengenalan atau  Sijil Lahir pelajar tanpa (tanpa dash “-” atau space)

Pilihan Sekolah
Sila tandakan pilihan sekolah samada sekolah rendah atau menengah

Kod Pengesahan
Masukan kod pengesahan yang diberikan. Isikan kod dengan teliti dan betul

Klik Butang Semak
Apabila anda dah melengkapkan rbutiran yang diminta, sila klik butang semak dan butiran pelajar/murid akan dipaparkan seperti di bawah ini

saps ibu bapa

Pilih Jenis Peperiksaan
Untuk melihat keputusan peperiksaan, sila pilih jenis peperiksaan pelajar/murid samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya

Klik Papar
Terakhir sekali, sila klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan

Laporan Slip Keptusan Peperiksaan Dijana Dengan Menggunakan Adobe Reader

Sistem SAPS Ibu bapa ini membantu ibu bapa atau penjaga pelajar memuat turun keputusan peperiksaan anak mereka dengan pantas dan mudah.

Secara tak langsung merancang program pembelajaran anak-nak mereka di rumah dan memantau prestasi anak-anak mereka dalam akademik.

Sila Share
By | 2018-03-07T04:39:27+00:00 March 5th, 2018|Saps Ibu Bapa|0 Comments

Leave A Comment