Permohonan Tawaran Biasiswa MyBrain15 Tahun 2018

Permohonan Tawaran Biasiswa MyBrain15 Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2018 telah dibuka mulai 1 Mac 2018:

1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2

2. Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.

3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.

4. Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.

5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.

6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.

7. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:

BIL DOKUMEN FORMAT SAIZ DOKUMEN
1 Gambar berukuran passport JPG 200KB
2 Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang) PDF 280KB
3 Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format diĀ Lampiran A

(Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja)

PDF 300KB
4 Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah Sarjana PDF 400KB
5 Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan). PDF 200KB
6 Borang Pengesahan Maklumat Pemohon PDF 400KB

 

8. Pemilihan calon akan dibuat melalui sesi temu duga yang akan dijalankan sebelum pemilihan akhir dibuat oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermesyuarat secara berkala.

9. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa.

10. Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum boleh memuat turun surat tawaran MyBrain15. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2

Tarikh Tutup Permohonan:
31 MAC 2018

Sila Share
By | 2018-03-07T13:45:10+00:00 March 7th, 2018|Kampus|0 Comments

Leave A Comment